Tuesday, April 14, 2009

11.04.09 Gotong-royong Perdana anjuran DBKL Padang





Buletin Bil 2/09
Tarikh 5 Apr 2009.


Dari meja redaksi:-

Assalamualaikum wrt wbth dan salam sejahtera. Alhamdullilah satelah berjalan lebih kurang sebulan Persatuan Penduduk Taman Desa Bakti telah mengorak langkah menyuarakan segala keloh kesah dan permasaalahan penduduk yang diterima. Beberapa siri perbincangan telah diadakan dengan pihak berwajib khususnya DBKL dan telah memulakan kerja-kerja membina papan tanda JALAN MATI seperti yang dipinta.
Disamping itu pihak DBKL telah menganjurkan satu program GOTONG ROYONG PERDANA yang dijadualkanpada 11 hb April 09 untuk membersihkan kawasan diTaman Desa Bakti dan kawasan sekitarnya.

Sama-samalah kita turun padang pada hari tersebut bagi menjayakan program itu. Cakap-cakap sahaja tiada berguna..........

Yang Ikhlas,

Hj Ahmad Dahaman
(Editor)


ISU-ISU SEMASA

Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Penduduk ke 2 telah berlansung pada 5hb April 2009. Diantara isu-isu semasa yang dibincangkan:-

1). Isu Keselamatan.

a). Masaalah kesesakan di susur turun ke pasar borong.
Banyak kenderaan diparkir jalan yang menyebabkan kederaan yang datang dari arah Taman kerap bertembung.

b). Persimpangan jalan masuk ke Taman Desa Bakti .
Lampu isyarat amat diperlukan bagi mengatasi masalah kemalangan.

c). Banyak kes-kes ragut dan pecah rumah tidak dilaporkan.

d). Pendatang asing yang banyak berkeliaran dan mencurigakan.

2). Isu Kebersihan.
a). Pokok-pokok yang menutupi lampu-lampu jalan yang perlu dipangkas.

b). Lorong belakang rumah yang penuh dengan semak-samun.

c). Padang permainan yang becak.

d). Longkang-longkang yang tersumbat mengakibatkan banjir kilat ketika hujan di jalan 5/2B.

3). Isu Kebajikan.

Para wanita telah mengambil inisiatif mengenalpasti ibu-ibu tunggal yang perlu diberi bantuan.

Kelas-kelas menjahit dan memasak akan dianjurkan.

Satu Tabung Kebajikan akan diwujudkan bagi membiayai program-program kebajikan.

4). Isu Sosial.

a). Pendatang asing yang mencurigakan banyak berkeliaran.

b). Padang permainan/kawasa lapang yang akan dimajukan.
Persatuan Penduduk perlu mendesak supaya padang itu dikekalkan.



Kalendar Aktiviti/Program 2009 PPTDBS

TARIKH PROGRAM/AKIVITI TEMPAT
11.04.09 Gotong-royong Perdana anjuran DBKL Padang
17.04.09 Program Kebudayaan Padang
18.04.09 Sukaneka Kawasan Batu Padang
Jun/09 Dialog Keselamatan dengan Polis Diraja Malaysia dan Yayasan Pencegahan Jenayah (sedang dirangka) Dewan Sukan
Julai/09 Karnival Kesihatan (sedang dirangka) Dewa Sukan
Ogos/09 Majlis Hari Raya Aidilfitri Dewan
Oktober/09 Program Sukan Padang
November/09 Program Cuti Sekolah -

* Persatuan sangat memerlukan sumbangan,tenaga,buah fikiran,wang dan harta benda dari semua penduduk bagi menjayakan pogram-proram diatas.


Ruangan 100 WORDS

Setakat ini tidak ada lagi maklum balas dari penduduk bagi mengisi ruangan ini:

Things To Ponder:-

1). What do we have?

a). Children playground - Jalan 5/2B
b). Football field - Jalan 5/2b
c). Badminton hall
d). Sekolah Agama / Surau

2). What else do we need?

a). Proper Food court
b). Community centre

• These things do not come easily. We have to fight for it. So, please think it over. Do not hesitate to contact us at

• Email Address : pptdbs@gmail.com
Tel. Number : 012-2214382 / 019-3342446
Website : http://www.pptdbs.blogspot.com